PENGENALAN PROGRAM JALINAN KASIH
Assalammualaikum, Subjek jalinan masyarakat GIG1005 adalah subjek yang wajib diambil oleh setiap bakal graduan Universiti Malaya. Maka projek “Jalinan Kasih (JASIH)” merupakan salah satu program kendalian pelajar tahun satu Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI) 2017/2018, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk mengalami sendiri membuat jalinan bersama masyarakat. Nama khas bagi program ini adalah ‘Jalinan Kasih (JASIH)’ dengan membawa tema “spread Our Love”. Program ini akan dilaksanakan pada 31 Mac - 1 April 2018 (Sabtu-Ahad) bertempat di Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin, Permata Al Insyirah, Lot 2/11478 Kg. Sg. Isap, Jalan Gambang, 21510, Kuantan, Negeri Pahang. Program ini berpanjikan kepada perkongsian dan jati diri. Sasaran program ini adalah 13 orang pelajar sekolah rendah dan 15 orang pelajar sekolah menengah yang merupakan penghuni rumah kebajikan Al-Insyirah. ...
Comments
Post a Comment