LOKASI JALINAN KASIH

Assalammualaikum,


Untuk subjek Jalinan Masyarakat (GIG1005) kali ini, kami Pelajar Tahun Satu Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2017/2018 telah bersepakat untuk menjalankan program “Jalinan Kasih” yang bertemakan “Spread Our Love” bertempat di  Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin, Permata Al-Insyirah, Lot 2/11478 Kg. Sg. Isap, Jalan Gambang, 21510, Kuantan, Negeri Pahang.
Program “Jalinan Kasih” ini juga adalah berbentuk jalinan masyarakat di mana kami harus melibatkan diri untuk bergaul dengan masyarakat luar seperti anak-anak yatim dan fakir miskin, Pengurus Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin, Permata Al-Insyirah, dan juga dengan masyarakat awam untuk menjayakan program ini.Antara sasaran  yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah anak-anak yatim dan fakir miskin dari rumah kebajikan tersebut. Bilangan keseluruhan anak-anak yatim dan fakir miskin tersebut adalah sebanyak 28 orang dan mereka semua dalam lingkungan umur 6 hingga 17 tahun.13 orang daripada mereka adalah pelajar sekolah rendah dan 15 orang daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah. Buat pengetahuan semua, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin ini hanya dikhaskan untuk anak-anak perempuan sahaja.
Antara maklumat menarik mengenai lokasi yang kami pilih ini adalah dengan adanya kemudahan-kemudahan atau fasiliti untuk menjayakan program ini. Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin ini mempunyai dewan tertutup, tempat yang lapang, padang dan juga perpustakaan. Mereka juga mempunyai van sebagai kenderaan untuk pihak kami pulang ke tempat penginapan kami. Lokasinya juga strategik kerana berdekatan dengan masjid dan tempat penginapan yang kami diami. Hal ini sangat memudahkan pihak kami untuk menjayakan program tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN PROGRAM JALINAN KASIH

OBJEKTIF DAN TUJUAN PROGRAM JALINAN KASIH

HARAPAN PROGRAM JALINAN KASIH