UNIT DANA&CO
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” (QS. Al-Baqarah: 286).
Itu merupakan ayat pertama yang terlintas di hati kecil kami sewaktu kami menjejakkan kaki ke Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al-Insyirah. Perasaan sayu, sebak, hiba, semuanya bercampur aduk saat kami melihat senyuman tulus mereka. Disebalik senyuman tulus ikhlas itu tersembunyinya kisah suka duka sebelum mereka menjejakkan kaki ke rumah tersebut. Walaupun perasaan sebegitu wujud, dalam masa yang sama kami bersyukur dengan segala ketetapan yang Tuhan kurniakan kepada kami. Saban hari manusia itu mengeluh mengenai ujian mereka tanpa mereka sedari, masih ada yang lebih hebat ujiannya berbanding mereka. Dua hari satu malam, masa yang begitu singkat untuk mengajar mereka mengenai dunia yang kecil namun penuh onak duri ini tapi kami senang hati kerana ilmu sekecil-kecil itu yang mengingatkan mereka kepada kami suatu hari nanti. Terpancar keletihan pada wajah masing-masing setelah selesai aktiviti. Kami amat berharap anak-anak yang berusia enam tahun sehingga 17 tahun ini akan mempraktikkan ilmu yang sedikit kami kongsikan.
***
Berformal pon sudah, ayat bunga-bunga, madah pon sudah. Kami ini merupakan unit dana dan tajaan(N.Ain Wahidah, Afiqah dan Aida Nazihah) beserta bendahari(Rahwani) dan penolongnya(Adibah). Di sinilah kami ingin ceritakan pahit manis, susah senang, suka duka lara mencari dana oii…Hahahaha
Masuk minggu ketiga bulan Februari, Rahwani dah macam cacing kepanasan, gelisah sebab takde khabar berita daripada Dr Shahida mengenai program JM ni. Yerlah, jabatan lain dah siap cari dana kot ngan jual-jual bagai. Mana tak gelabahnya. Jadi, hari Khamis minggu tu buatlah meeting untuk lantik MT dulu. Bincang-bincang semua, bila Dr keluar, mesyuarat tingkap pon mula lah. Hahahaha. Aku(N.Ain Wahidah), menyesal pulak tetiba cadang gempak-gempak pasal dana, last-last aku tercampak dalam unit nih, ketua pulak tu. Rasa macam malaikat Maut dok intai-intai jaa(seram). Tapi seriuslah nak berterima kasih kaw-kaw kat Afiqah ngan Aida. Rahwani ngan Adibah jugak. Geng-geng JDPI termasuk senior-senior. Sebab apa? Nanti aku citer.
Jadi, kami mesyuaratlah sesama kami, unit dana nih haa. Aku lah kepala cadangannya, dalam whatsapp luh. Pastu esoknya tuh jumpa bincang nak agihkan macam mana, carta gantt bagai-bagai. Jadi sebelum KKP(Kertas Kerja Projek) siap, kami kutip RM1 setiap seorang bayar setiap kali meeting. Alhamdulillah, beberapa kali meeting, dapatlah dalam tut…tut…tut…(hehehe, mana boleh kabo). Kami pon cadang jugaklah untuk mintak dari mak ayah sebab minggu tu balik Tahun Baru Cina. Kecewa jugak aku sebab sorang jaa bawak mai duit sumbangan. Nasib banyak. Ubat hati sikit. Takpelah, aku consider yang lain shibuk ngan kerja-kerja lain. Kami jugak ada buat setiap biro kena cukupkan RM100. Masuk minggu ke 5, hazaf terus duit RM100 tu tukar ke individu RM100. Of couselah hazaf jugak yang RM20 bagi setiap individu. Demi Tuhan, waktu tu aku dah risau + cuak + bimbang + nak nangis (hah, apa lagi perasaan) sebab dana tak sampai RM500 pon. Aku ni dalam hati, ‘Cepatlah KKP siap oii’.
Setelah KKP siap, apalagi, mula lah semua bekerja. Kami approach syarikat, masjid, jualan dan yang paling haram sekali, pasar malam. Hahahaha. Sebab apa aku kata haram? Ni benda first yang kami buat dan Dr suruh ni sepatutnya usaha last sekali. Adoiyaiy…Aku gelak jugaklah pasal benda nih sensorang. Yerlah, sebenarnya takut cam mengemis dan risau sebab memalam balik. Bersungguhlah pergi pasar malam, sampai basah kuyup dek hujan. Balik malam, ada aktiviti lain lagi. Seharian tak balik bilik oii. Tapi, serius lumayan dapat. Ya Allah, berkati dan murahkan rezeki mereka yang memberi. Aku teringatlah satu ayat Allah nih,
Surah al Baqarah, ayat 215, “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”
Sekali jer pengalaman aku pi pasar malam ni tapi serius aku nak nangis bila lihat gelagat dan karenah manusia sekeliling. Mereka memberi tanpa mereka mengenali dan mengetahui program apa yang kami akan lakukan. Diorang sumbang untuk anak yatim tu yang besar ganjarannya. Alhamdulillah berkat sumbangan mereka, kami dapat berikan sumbangan kepada rumah tersebut. Kami jalankan aktiviti pasar malam ni selama 3 minggu. Takdelah penuh setiap hari sebab sibuk kot dengan FESENI nya, projek kolej bagai, pembentangan lagi. Sekurang-kurangnya, adalah untuk setiap minggu tuh.
Kami pergi pulak ke masjid-masjid. Alhamdulillah, dapat disitu beberapa ratus. Bagi syarikat pulak, hampeh jugak sebab KKP siap 2 minggu sebelum program nak berjalan jadi kami sempat hantar KKP dan surat tajaan tapi tak follow up sampai habis. Yerlah, depa nak bagi duit pun kadang-kadang tunggu masa sebulan, prosesnya lagi. Haih…Ah! Ada jugak dalam kalangan kami nih approach artis kesayangan masing-masing di Insta. Hahahahha. Walaupun kedengaran agak lucu tapi kami mencubalah. Jualan pula, Alhamudillah, berjalan lancar untuk kali pertama. Tambah-tambah untuk chocojar. Fuhh!!! Mantop weyyh Rahwani ngan Afiqah buat. Jual wafel ngan roller coaster. Lakulah. Masuk jualan kedua, chocojar lah yang laku keras tapi dadih mengecewakan. Aku lah tu yang pilih. Hahahahha. Tapi tak membazir pon sebab bagi ke rumah sana.
Yang paling banyak sekali menyumbang aku rasa sumbangan dari individulah. Bayangkanlah approach makcik pakcik, ada yang dapat dekat RM1000 woo. Ada yang dapat RM700. Memang hebatlah depa-depa nih. Allah cakap apa tau dalam surah al Baqarah, ayat 245,
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”
Tapi yang paling lucu bagi aku bila Dr Shahida dah start provoke kitaorang pasal dana. Waktu tu minggu ke 5 lah yang dana tak sampai RM500. Kau boleh bayangkanlah bila Dr provoke tuh, dalam masa 2 hari, depa-depa nih boleh dapatkan dekat RM2000. Hahahhahaa. Serius aku gelak time nih, bila dalam biliklah. Mana taknya, semua gelabah weyh, apatah lagi aku. Ni pengalamalah. Cari dana dan tajaan. Oh ya! Untuk tajaan kami dapat gak 2 kotak air mineral, goodies yang cute-cute gitu bagi kat depa. Huhuhuhu. Barang-barang bantu untuk depa ca kertas A4, kertas manila camtu. Waktu tengok hamper-hamper ngan goodies tu, rasa dalam hati ni Allah jaa tahu. Perasaan yang gembira dan berharap lepas ni kami akan buat program dengan diorang lagi. In sya Allah, bi Iznillah
Sekian,
Unit Gempak

Comments
Post a Comment