PERKONGSIAN UNIT PENGISIAN

Assalammualaikum,

Fasa Sebelum:
Fasa ini memainkan peranan amat penting bagi segala persediaan sebelum bermulanya program pada tarikh yang ditetapkan.Sebelum berlangsungnya projek Jalinan Masyarakat di Rumah kebajikan anak yatim dan Fakir Miskin Permata Al-Insyirah yang bertempat di Kuantan, setiap ahli atau divisi mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri dalam melaksanakan sesuatu tugas yang telah diamanahkan melalui pembahagian unit. Namun, terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang proses ini. Justeru kami telah mengambil beberapa inisiatif lain untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Selain itu ,kami sebagai unit modul dan pengisian telah banyak menghabiskan masa bersama untuk merangka aktiviti/program yang sesuai kepada anak-anak penghuni disana seterusnya mendapatkan khidmat nasihat dan dorongan daripada penyelaras tercinta kami Dr Shahida. Program Jalinan Masyarakat atau kami gelarkan sebagai Jalinan Kasih ini bertemakan  Spread Our Love yang mana mengkhususkan mengenai hal-hal berkaitan wanita. Ini amat sesuai dengan keadaan Penghuni Rumah Anak Yatim  dan Fakir Miskin yang menempatkan seramai 28 perempuan dalam kalangan umur 5-17 tahun . Zahirlah keterujaan kami apabila sehari sebelum program Jalinan Masyarakat ini berlangsung. Pelbagai benda yang mula menerjah di minda,di tambah pula perasaan gementar menanti hari yang bakal kunjung tiba. Perasaan ini berlainan jika hendak dibandingkan dengan projek-projek kolej yang kami pernah ikuti sepanjang  pengajian pada tahun pertama ini. Akhir sekali, tugas terakhir kami adalah membuat “checklist’’ sebelum berangkat ke destinasi yang dituju.Pahang kami datang!!! Bismillah let's go.
Semoga semuanya dipermudahkan.

Fasa Semasa:
Alhamdulillah , setibanya disana, kedatangan kami disambut dengan keriangan wajah-wajah ceria oleh Tuan Rumah ,Ummi serta anak-anak dibawah jagaan dan asuhannya. Walaupunbagaimanapun, ketibaan kami ke sana sudah agak lewat jika dilihat  berdasarkan tentatif yang telah kami rangka. Akan tetapi kegembiraan telah mengaburi mata-mata kami kerana sambutan yang diberikan amat baik. Sepanjang program berjalan di Rumah  kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Permata Al-Insyirah , anggapan kami bahawa sebelum ini menyimpang kerana apa yang kami dapati adik-adik di sana sangat memberi komitmen dalam setiap slot dan aktiviti yang kami lakukan. Kami dapat ketahui bahawa ini adalah program yang julung kalinya diadakan hampir 2 hari bersama anak-anak disana   . Perasaan gembira dan senang hati terpancar di wajah anak-anak harapan ummah ini tiap kali aktiviti berjalan sejajar dengan apa yang telah kami rancangkan terutamanya dalam slot
“Santai Bersama ,Tetapi Bermakna” . Mereka juga bergelak ketawa, dan memberikan respon positif dengan  semua aktiviti yang dijalankan oleh ajk pelaksana program. Sifat bekerjasama, semangat dan  persahabatan yang terjalin antara mereka dan fasilitator  sangat baik walaupun kami telah meletakkan pelbagai peringkat umur dalam setiap kumpulan sejajar dengan tajuk program ini “Jalinan Kasih’’. Besarlah harapan kami dapat melihat keakraban anak-anak ini bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang terjalin sehingga kami juga turut berat hati dan sedih  untuk meninggalkan mereka .

Fasa Selepas:
Kami daripada Unit Modul dan Pengisian menyusun beribu kemaafan jika ada terguris hati mana-mana pihak sejurus menghargai serta berterima kasih kepada semua  yang terlibat dalam menjayakan program ini. Ianya akan sentiasa disemat dan dikenang setiap detik kenangan bersama anak-anak  di Rumah  kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Peramata –al-Insyirah Kuantan ,Pahang . Terima kasih atas penghargaan buat semua  dimana dibuka  peluang untuk bercampur bersama  sahabat-sahabat  sekelas dalam mengendalikan banyak perkara untuk mencapai objektif apa yang kami rancang pada awalnya telah tercapai. Banyak ilmu dan pengalaman telah  kami peroleh daripada projek ini.Sungguh liku-liku dalam menempuh bagi memastikan program ini berjaya bukan mudah untuk dilupakan. Setelah berakhirnya program Jalinan Masyarakat ini, kami sedar bukan sahaja kita perlu menjalin dan menjaga hubungan sesama masyarakat, malah hubungan antara kami rakan sekelas juga bertambah rapat. Harapan akhir kami daripada Unit pengisian supaya kita terus memberi buat masyarakat, belajar  dan jadilah seseorang yang berguna kepada diri , masyarakat dan agama .
#JalinanKasihJDPI

SEKIAN
Unit Modul dan Pengisian
(Husna aqirah , Amirah Azali , Maisarah Ariffin , Sakinah Rohizan )

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN PROGRAM JALINAN KASIH

OBJEKTIF DAN TUJUAN PROGRAM JALINAN KASIH

HARAPAN PROGRAM JALINAN KASIH