NUKILAN FROM AKAK AKAK CANTIK UNIT LOGISTIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Pertama kalinya kami memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana memberi  peluang kepada kami , ahli Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI) untuk melawat adik-adik kami yang comel belaka, iaitu di Rumah anak yatim dan fakir miskin Permata Al-Insyirah,Pahang. Tidak lupa juga kepada penjaga pusat tersebut kerana sudi menerima kedatangan kami dengan layanan yang sangat istimewa.

Alhamdulillah , kami , siapa kami ? Ketua Unit Logistik yang manis mestilah Adila fatiha , dan pembantu-pembantunya yang lagi manis ibarat gula Farah Amira dan Anis humaira' telah diamanahkan untuk bertugas sebagai biro logistik sepanjang program berlansung. Dan Alhamdulillah , so far , program berjalan dengan sangat lancar bermula daripada membeli barangan yang diperlukan , deal bus untuk perjalanan pergi dan balik , hinggalah majlis penutup Jalinan Kasih. Tidak lupa juga kepada biro TTK ( Dalila Aisyah dan Anis Adilah) yang support kami sepanjang program berlansung.

Secara total , cabaran dan kesusahan kami tidak lah begitu rumit sehingga dapat mencacatkan kelansungan program. Alhamdulillah semuanya dapat dibendung. Antaranya adalah ,
-cari homestay terdekat
-‎deal harga bus
-‎Pengangkutan pergi & balik homestay
(Psst: Pengarah dapat greenlight pinjam van Al-Insyirah untuk kegunaan kami sepanjang program🤭 TQ)

Pada malamnya pula , kami tiga kakak logistik bersama 12 ahli yang lain telah ditempatkan untuk bermalam di homestay yang tidaklah begitu jauh daripada rumah Permata Al-Insyirah tersebut. Lebih kurang dalam 1 km. Homestay tersebut Masha Allah sangat lah memuaskan hati 😍 bilik besar , toilet yang bersih , ada aircond 😍, ada dapur ! Haaa ada dapur ni faham-faham jelah. Mula laa macam macam projek yang dirancang 😂 .Malam 31 Mac, seusai tamat program untuk hari pertama bersama adik-adik Permata Al-Insyirah, kami meneruskan dengan mengadakan 'bonding time' bersama kakak² fasilitator di homestay tersebut. Maggi lima bungkus telah pun selamat dimasak dan dimakan oleh kami penghuni homestay 😂 pelbagai cerita yang mencuit hati dan pengalaman masing-masing telah diceritakan bersama di mana secara tidak langsung , perkara itulah yang membuatkan kami lebih mengenali antara satu sama lain. Keakraban hubungan antara kami bermula daripada program Jalinan Kasih ni, sama-sama susah dan sama-sama senang demi melancarkan program dengan anak-anak Permata Al-Insyirah ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan selama 2 hari kami di Pahang,
sekian dari kami akak2 Unit Logistik🌹

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN PROGRAM JALINAN KASIH

OBJEKTIF DAN TUJUAN PROGRAM JALINAN KASIH

HARAPAN PROGRAM JALINAN KASIH