PENGENALAN PROGRAM JALINAN KASIH


Assalammualaikum,

       Subjek jalinan masyarakat GIG1005 adalah subjek yang wajib diambil oleh setiap bakal graduan Universiti Malaya. Maka projek “Jalinan Kasih (JASIH)” merupakan salah satu program kendalian pelajar tahun satu Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI) 2017/2018, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya  untuk mengalami sendiri membuat jalinan bersama masyarakat.

        Nama khas bagi program ini adalah ‘Jalinan Kasih (JASIH)’ dengan membawa tema “spread Our Love”. Program ini akan dilaksanakan pada 31 Mac - 1 April 2018 (Sabtu-Ahad) bertempat di Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin, Permata Al Insyirah, Lot 2/11478 Kg. Sg. Isap, Jalan Gambang, 21510, Kuantan, Negeri Pahang. Program ini berpanjikan kepada perkongsian dan jati diri. Sasaran program ini adalah 13 orang pelajar sekolah rendah dan 15 orang pelajar sekolah menengah yang merupakan penghuni rumah kebajikan Al-Insyirah.

         Projek ini adalah kali pertama dianjurkan oleh pelajar tahun satu JDPI namun ia disusun dengan rapi agar program ini dilaksanakan dengan jayanya. Bagi melaksanakan program ini, pihak yang amat banyak membantu adalah penyelaras subjek jalinan masyarakat iaitu Dr Nur Shahidah Binti Paad. Selain itu, pihak yang banyak membantu ialah pihak rumah Anak Kebajikan Al-Insyirah yang sudi menerima kehadiran pelajar tahun satu JDPI juga memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur.

Program ini juga

Comments

Popular posts from this blog

OBJEKTIF DAN TUJUAN PROGRAM JALINAN KASIH

HARAPAN PROGRAM JALINAN KASIH