APA KATA MT

Assalamualaikum semuaaa.
Wah, nampaknya program Jalinan Kasih anjuran Pelajar tahun 1 jdpi telah pun berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah Ta’ala yang memberi peluang kepada kami untuk menjayakan program ini. Namun disebalik kemeriahan program ini. Tersimpan pelbagai rahsia untuk menjayakan program ini. Kami majlis tertinggi (MT) untuk program ini pening kepala untuk memikirkan bagaimana untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk program ini. Lalu perkara pertama yang kami lakukan adalah membahagikan setiap rang mengikut biro dan unit masing masing.
Kami amat bertuah sekali, kerana biro biro dibawah kami semua amat bertanggungjawab bahkan bersungguh sungguh untuk memastikan program ini berjaya. Tanpa biro-biro yang ada pasti kami MT tidak menang tangan untuk melaksanakan program ini. Ajk kami juga tidaklah berkira untuk menjalankan tugasan biro lain apabila ada yang memerukan kerana kami tahu, kejayaan sesuatu program itu adalah dengan kerjasama dan kasih sayang.
Sebagai contoh, pada asalnya kami tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakan program ini. Bendahari dan biro dana sudah gelisah setiap hari. Mana tidaknyaaa wang untuk program tidak cukup. Lalu kami 28 orang ajk berganding bahu untuk mengutip dana. Pengalaman paling menyeronokkan adalah apabila kami pergi ke pasar malam untuk meminta sumbangan. Sebenarnya di Malaysia ini, Kuala Lumpur Khusunya terlalu ramai orang yang baik hati. Melalu kutipan di pasar malam, kam berjaya mengutip hampir RM1000 dalam kutipan beberapa hari. Juga ramai ahli keluarga AJK turut memberi sumbangan. Akhrnya kami berjaya mencapai dana yang dianggarkan bahkan lebih dari itu.
Tidak lupa juga, penat ajk program pergi membeli barang barang keperluan program.  Walaupun ada yang bukan tugas mereka mecari barang , namun sikap empati dalam diri menyebabkan mereka rela berjalan membeli barang bersama.
Pada Asalnya program kami kelihatan kabur, biasalah belum tersusun rapi lagi. Lalu ajk kami dalam biro protokol dan aktiviti khusunya mengembeling tenaga untuk memastikan program ini tersusun rapi. Biro biro lain juga memeinkan peranan dalam penyusunan aktiviti dengan meluahkan idea dan pendapat mereka.
Kuantan dari Kuala Lumpur tidaklah sedekat mana. Sehingga timbul isu tidak mempunyai wang yang cukup membuat program di tempat jauh. Namun apabila kami risik dikawasan sekitar kuala Lumpur, tempatnya pulak tidak sesuai dengan program kami dan juga kurang mendapat sambutan mereka. Lalu kami tekadkan berusaha keras untuk memastikan program dikuantan berjaya diteruskan.
Alhamdulillah, berkat usaha, kesabaran dan doa. Kami telah pun berjaya membuat program ini minggu yang lalu. Ramai peserta yang memuji program kami amat memuaskan hati mereka. Dan kami juga telah jatuh cinta denggan peserta kami dari Permata Al-Insyirah. Peserta kami semua memberikan kerjasama yang baik dan padu.
Semasa program, biro biro kami melaksanakan kerja dengan sungguh baik sekali. Tiada masalah besar yang berlaku semasa program, ini kerana segala perseadiaan telah dimulakan dari awal lagi. Pihak Rumah kebajikan itu juga amat baik hati sekali, sudi menumpangkan 10 orang ajk kami dan memasakkan untuk kami. Alhamdulillah.
Dr. Shahidah yang hadir semasa program juga memeriahkan lagi program kami dan membuatkami lebih bersemangat membuat program ini berjaya. Beliau la yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami selama ini.
ahhh boleh tak kami nak ulang sekali lagi program ini ? ianya terlalu indah .

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN PROGRAM JALINAN KASIH

OBJEKTIF DAN TUJUAN PROGRAM JALINAN KASIH

HARAPAN PROGRAM JALINAN KASIH