PROTOCOL,EVERYTHING UNDER CONTROL

Assalamualaikum. Bonsoir 😝

Dah baca pengalaman unit lain?  Meh kami unit protokol nak kongsi jugak.

AJK bagi unit protokol ada 4 orang iaitu Shafika, Munaimah, Umairah dan diketuai oleh Ikmal Hisyam.

Secara amnya, tugas kami ialah memastikan kelancaran program Jalinan Kasih ni la. Serta in charge untuk majlis penutup.

First and foremost, mesti la bahagikan tugas setiap AJK unit protokol. Hehe. Ada yang kena buat masterplan ada yang kena sediakan teks ucapan. Yang pasti setiap orang ada tugas dan sama2 saling membantu.

Few weeks passed by, kami macam krik krik sikit dgn tugas kami sebenarnya. Tapi after meeting dengan penyelaras kami, Dr Sha alhamdulillah jelas dan terang kerja2 yang kami perlu lakukan. And masa last meeting sebelum cuti midsem, kami dapat kerja mengejuttt 😱😱😱 kami kena uruskan sijil.
Tapi dengan ketangkasan ajk unit protokol, sijil perhargaan kepada tuan rumah dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat. Salute lah 😎

Semasa hari kejadian, 31Mac ada sedikit masalah iaitu bas lambat sampai. Plan kami ialah tiba di Rumah kebajikan Permata Al Insyirah pada jam 10 pagi bagi memberi laluan kepada para ajk Jalinan Kasih check in di homestay ssterusnya memulakan aktiviti ice breaking pada jam 12 tengah hari. Alhamdulillah kami dapat mengatasinya dengan baik. Setibanya kami di rumah kebajikan permata insyirah pada jam 12, program terus dimulakan di bawah kendalian ajk pengisian dibantu unit2 lain dari segi persiapan barangan yang diperlukan untuk aktiviti yang dilakukan.

Kami inginkan majlis penutup yang berjalan lancar dan menggembirakan adik2 permata insyarah, oleh itu perbincangan dan perancangan majlis penutup sentiasa diteliti supaya tidak menghampakan mana2 pihak. Emcee majlis penutup ialah sis cantik dari Singapura, umairah. Alhamdulillah semua peserta gembira dengan  pengacaraan gaya santai sis mairah.

Akhir kalam, kami dari unit protokol ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ajk Jalinan Kasih yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada kami. Juga kepada adik2 permata insyirah yang memberi kerjasama serta disiplin yang terbaik sepanjang program Jalinan Kasih. Ampun dan maaf dipinta atas segala kekurangan dan kelemahan kami.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN PROGRAM JALINAN KASIH

OBJEKTIF DAN TUJUAN PROGRAM JALINAN KASIH

HARAPAN PROGRAM JALINAN KASIH