Pengalaman manis sebagai Biro tugas-tugas khas




Assalamualaikum kami ni dari unit tugas² khas nama unit pun bunyi lain macam kan? hahaha
Alhamdulillah kami telah selesaikan program jalinan kasih bersama anak yatim di Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Fakir miskin perempuan ( Permata Al- insyirah) pada permulaanya skop kerja kami hanya lah unutk melengkapkan dan membantu unit² lain dalam melakukan tugas. Memandang kan kami unit TTK sangat lah memberi sepenuh tenaga terhadap semua unit yang lain dalam permulaan program sehinggalah pengakhiran program. Sebagai contoh kami yang membantu unit multimedia menyediakan projector dan tempat tayangan. Bagi unit makanan juga kami yang membantu dalam membeli barang basah untuk dimasak. Paling mencabar apabila unit kami hanya mempunyai dua orang ahli sahaja, tetapi kami bersyukur kerana dapat melakukan setiap tugasan dengan jayanya, dan memberi banyak pengalaman serta kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan. Banyak lagi unit yang kami bantu tapi tak perlu lah cerita semua nanti riyak pulak tu. uhukkss

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN PROGRAM JALINAN KASIH

OBJEKTIF DAN TUJUAN PROGRAM JALINAN KASIH

HARAPAN PROGRAM JALINAN KASIH